PUTRAJAYA: Bilangan penganggur menurun 0.3 peratus pada Ogos lepas kepada 577,300 orang berbanding 579,200 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus, demikian menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia Ogos 2023.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan sempena laporan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu hari ini berkata pasaran buruh stabil pada Ogos 2023 dengan peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur terus menurun.
Beliau berkata bilangan tenaga buruh pada tempoh tersebut meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 16.93 juta orang daripada 16.91 juta orang pada Julai, manakala kadar penyertaan tenaga buruh pada Ogos kekal 70.1 peratus seperti pada Julai.
Katanya bilangan penduduk bekerja pada Ogos lepas naik 0.1 peratus kepada 16.35 juta orang berbanding 16.34 juta orang pada Julai.
Mengenai kedudukan guna tenaga, beliau berkata 75.4 peratus daripada jumlah penduduk bekerja adalah dalam kategori pekerja dan kategori berkenaan meningkat 0.1 peratus dengan merekodkan 12.32 juta orang berbanding 12.31 juta orang pada bulan sebelumnya.
Mohd Uzir berkata penduduk bekerja sendiri juga mencatatkan kenaikan iaitu 0.3 peratus pada Ogos kepada 2.97 juta orang berbanding 2.96 juta orang pada Julai.
"Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus menunjukkan trend menaik, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit; perkhidmatan makanan dan minuman; dan pengangkutan dan penyimpanan," katanya.
Menurutnya sektor pembuatan, pertanian, pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian turut mencatatkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja pada Ogos.
Beliau berkata situasi pengangguran pada Ogos menunjukkan penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 80 peratus daripada jumlah penganggur.
Katanya kategori tersebut menurun 0.6 peratus dengan mencatatkan 462,100 orang pada Ogos berbanding 464,700 orang pada Julai.
"Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.4 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun mencatatkan 6.2 peratus," katanya.
Beliau berkata mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif merekodkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus kepada 115,200 orang daripada 114,500 orang pada Julai.
Mohd Uzir berkata komposisi terbesar bagi luar tenaga buruh adalah disebabkan oleh kerja rumah atau tanggungjawab keluarga dengan 42.9 peratus, manakala 40.1 peratus disebabkan oleh bersekolah atau latihan.
"Kedudukan pasaran buruh negara dijangka berada dalam pertumbuhan sederhana pada bulan-bulan yang akan datang mengambil kira cabaran dalam ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Kata Mohd Uzir, bilangan penduduk bekerja pada Ogos lepas naik 0.1 peratus kepada 16.35 juta orang berbanding 16.34 juta orang pada Julai. - Gambar fail/Astro AWANI
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Pemulihan pembuatan kekal utuh walaupun pertumbuhan IPP Malaysia perlahan pada Mac
Walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia perlahan iaitu 2.4 peratus pada Mac berbanding 3.1 peratus pada Februari, ia melepasi jangkaan dengan pemulihan dalam pembuatan kekal utuh.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.
Indeks Pengeluaran Perindustrian Januari 2024 pulih pada 4.3 peratus - Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pulih kepada 4.3 peratus pada Januari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Pemulihan sektor pembuatan akan didorong kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2023 cecah RM1.8 trilion
Nilai jualan keseluruhan bagi sektor pembuatan mencecah RM1.8 trilion pada 2023, meningkat sedikit sebanyak 0.2 peratus berbanding 2022.
Bilangan penganggur turun, kadar kekal 3.4 peratus pada Ogos
Bilangan penganggur menurun 0.3 peratus pada Ogos lepas kepada 577,300 orang berbanding 579,200 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus.
Rangka Kerja i-ESG: Bantu sektor pembuatan bersedia tembusi pasaran ESG
Rangka Kerja i-ESG menyediakan sektor pembuatan negara untuk mendepani ESG.
Nilai jualan sektor pembuatan cecah RM1.03 trilion bagi Jan-Julai 2023
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat sebanyak 2.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.03 trilion bagi tempoh tujuh bulan pertama 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.